01 March 2012

Cara menggendong bayi jika hanya ada kain

ada ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana nak menggendong bayi jika hanya ada sehelai kain batik lepas atau selendang pashmina tanpa menggunakan gelang/ring (jenis nylon/aluminum). sudah tentu anda boleh menggendong bayi tercinta walaupun hanya dengan sehelai kain. dalam video di bawah saya ada tunjukkan cara menggendong bayi menggunakan kain dan ring



walaubagaimanapun, nak cerita sikit tentang beza kain batik lepas dan selendang pashmina. kain batik lepas sangat lasak dan kuat. sesuai untuk bayi yang berat. manakala selendang pashmina adalah fabrik yang bersifat nipis dan licin. jadi, hati hati jika gunakan pashmina untuk menggendong bayi yang berat. bimbang kain itu akan pecah dan koyak. pashmina sesuai untuk bayi baru lahir. pashmina pun ada banyak gred. selalu cek kain yang anda gunakan terutamanya jika ada kesan "wear & tear"

selalu yang kita jumpa adalah cara ini, tapi secara jujurnya, saya sendiri tidak yakin kerana bimbang ikatan kain akan terlucut. lagipun saya tidak berapa selesa kerana kain akan bertumpu pada leher dan mudah sahaja terasa lenguh.


saya lebih selesa dengan cara di bawah. ini namanya rebozo. ikatan yang ditunjukkan adalah slip knot. jika taip "slip knot babywearing" dalam youtube, ada pelbagai lagi video. rambang mata betul! cubalah!

video di atas tunjuk cara ikat slip knot. jangan lupa lipat kain kepada dua ye. saya selalu lupa ni sbb nak cepat.

video kat atas tunjuk posisi cradle carry. kalau bayi yg sgt kecil seperti newborn, cuba adjust kain agar tidak menutupi muka bayi. always ensure baby is visible. boleh dilihat tanpa sebarang halangan kain

kalau bayi dah kuat lehernya, boleh dukung di pinggang. hip carry

video di atas pula menujukkan cara dakapan "tummy to tummy". both my kids suka posisi ini sebab mereka boleh landing kat dada dan tidur dengan lena

Harap membantu. happy babywearing. lets practice frugal babywearing.
mujur ada kain ni dalam kereta. irfan tidur.kasihan pula nak kejutkan dia. angkat dari car seat, terus masukkan ke dalam robozo. tidur pun tidak terjejas. mudah sahaja nak menggendong irfan sambil bawa banyak barang.   babywearing makes parenting easier

2 comments:

nyssda1 said...

Salam Puan,

How to order the sling ring from you.. just the ring?

SlingMeMama said...

salam.to order the ring, please emel to slingmemama at gmail dot com