13 February 2012

Bengkel Penyusuan Ibu dan Menggendong Bayi di Terengganu

Slot 1: Breastfeeding at Work: How to work it out?
(Bagaimana menjayakan penyusuan apabila kembali bekerja/belajar?)

Sudah hampir tiba masanya untuk kembali bekerja/belajar. Sudah pasti anda tidak mahu melepaskan masa istimewa yang telah anda curahkan bersama bayi dan ingin meneruskan penyusuan susu ibu. Dengan sedikit perancangan awal, anda masih boleh melakukannya sambil memenuhi kewajipan bekerja.


Slot 2: Babywearing makes parenting easier
(Menggendong anak memudahkan asuhan)

Dewasa ini, ramai ibu keluar bekerja. Oleh itu, masa yang ada untuk diluangkan bersama bayi cuma sedikit. Maka, dengan sedikit masa pada malam hari dan hujung minggu, penggunaan alat penggendong menjadi lebih efektif. Kini terdapat kaedah terkini yang lebih praktikal, selamat dan selesa iaitu amalan memakai atau membawa bayi menggunakan kain penggendong.

Menerusi bengkel ini, anda boleh bertemu secara langsung dengan mereka yang lebih berpengalaman untuk membantu anda menggunakan alat penggendong dengan CARA yang betul dan ideal. Nikmatilah hubungan yang intim dengan bayi anda terutama pada tahun awal ini kerana mereka akan membesar dalam sekelip mata sahaja.


Jemput hadir semua warga terengganu khususnya yang berhampiran dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). klik pada gambar gambar di atas untuk borang penyertaan dan pendaftaran.

7 comments:

teddytales said...

Askum kak.. Sy xde bby sling tp sy ingt nk gne pashmina utk kendong ank sy.. Akak blh tnjuk care nye x?

SlingMeMama said...

salam. boleh lihat di link ini. ada saya videokan cara guna sling dr sehelai kain batik lepas. boleh guna pashmina tapi kena guna small size of rings. rings tu boleh didapati dari neezaneedles.com atau snuggbaby.com. agar sukar juga nak cari ring size kecil. http://slingmemama.blogspot.com/2011/08/cara-buat-ring-sling-dari-kain-batik.html harap membantu

teddytales said...

Klu sy xnk gne ring akak taw cre ikatan gne pashmina? Mcm sy tgk org2 vietnam bwk ank drg tu.. Hehe..

SlingMeMama said...

akak tak pasti bagaimana orang vietnam menggendong anak mereka. adakah sama dengan cara orang indonesia? cuba tengok akak punya latest posting. ada videonya

Ayuhaida said...

as salam kak..sy 1st timer utk bby wearing ni.xtau nk pkai jenis mane ssc ke ring sling ke.akak blh suggest x cz sy nk pkai smpai ank 6bln je cz da ade stroller.plus sy tkot nk bwk berat2 cz sy czer.ank sy skrg 2bln,5kg..jnis ape yep yg xsakit blkg n bbaloi utk pkai til 6 bln?senang ssc tp xthu brand ape sswai utk since infant..appreciate ur help
tqvm:-)

SlingMeMama said...

salam ayuhaida.first of all, amalan menggendong bayi tiada kena mengena dengan luka pembedahan melahirkan anak. luka pembedahan mengambil masa selama 6 minggu untuk pulih sepenuhnya. untuk mempercepatkan penyembuhan luka, amalan berpantang yang baik seperti tidak melakukan aktiviti berat, amalan pemakanan yg sihat dapat membantu. berdasarkan keperluan ayu, saya cadangkan penggunaan ring sling atau pouch. tetapi rs/pouch menggunakan sebelah bahu untuk menampung berat bayi. jika anda rasa tidak selesa, boleh cuba mei tai, wrap atau soft structured carrier. untuk penetahuan ayu, penggunaan kain penggendong tidak bermaksud perlu mengenepikan langsung penguunaan stroller dan penggunaan stroller pelru menegenepkan penggunaan kain penggendong. ia boleh digunakan bersama-sama mengikut mood bayi dan lokasi. harap membantu.

SlingMeMama said...

marilah sertai kumpulan sokongan amalan menggendong bayi (babywearing) do facebook dan forum. pelbagai persoalan akan dijawab oleh mereka yg sangat berpengetahuan dan berpengalaman. ramai juga ibu yang telah melahirkan anak secara pembedahan, masih menggedong anak walaupun telah berusia lebih 6 bulan. jenis alat penggendong adalah sangat penting bagi menentukan keselsaan si pemakai.


Welcome to Malaysian Babywearers Buddies Group!

Our official website/forum : www.MalaysianBabywearers.org
Our official FB fanpage : www.facebook.com/MalaysianBabyweare...
Our FB chat group : www.facebook.com/groups/malaysianba...
Our old forum (for archival only) : http://malaysianbabywearers.lefora.com/...
Our blog : http://malaysianbabywearers.blogspot.com/...
Our videos : http://www.youtube.com/malaysianbab...
Our email : malaysianbabywearers@gmail.com